Flying with smile .... JAKARTA

Hoolaaa.... and Assalamualaikum!


I got a phone call that keep me smile all day..

En Lecturer : Hello, ni Fazirah?
Saya : Ya, saya Fazirah, kenapa ye?
En Lecturer :  Awak dapat pergi Jakarta, Indonesia. Semuanya Poli tanggung. 

************

Ok, terasa macam pandang langit nampak bintang tengah berkelip-kelip. 
Siapa yang tak suka dapat pergi bercuti 100% ditanggung..
Heaven ouh ~~~

Ni yang buat aku bertambah sayang jadi pelajar Politeknik.


************

DAY ONE 

Terbang ke Jakarta.. 
Everyone were excited sebab mejoriti student first time naik Flight. haha


Actually time kiteorang nak berlepas tu hujan and kilat tengah sambung menyambung.
But Alhmdulillah, tak lama pun kena tunggu.. Cuaca kembali cerah and kami berlepas.



Sampai di  Seokarno Hatta Airport dalam pukul 6 pm. Kat indonesia mengalami satu jam lebih awal dari Malaysia. So kat sini akan awal cerah dan awal gelap. 

Sampai-sampai je, terus ada tourguide yang akan bawa kami pergi makan and bawa pergi hotel.
Kat dalam bus tu memang lama gila sebab menghadap jalan yang Macet.


Lecturer kata, Populasi penduduk di Jakarta sangat ramai, sebab tu Jakarta tak lepas dari kesesakan jalan raya. Dalam lebih kurang tiga jam juga kat dalam bus untuk sampai ke destinasi.
Sampai je, terus dibawa makan Nasi Padang.
Satu meja penuh dengan lauk.. Kami pun tak tahu nak makan macam mana sebab lauk terlalu banyak.

Selesai makan, terus dibawa ke hotel.
Masuk bilik terus menjerit sebab dapat facilities hotel yang baik!
ok, memang lepak habis.. Goyang kaki tengok tv.. 




DAY TWO
Melawat dua buah Universiti

Matlamat utama ke Jakarta adalah menjalinkan hubungan Politeknik dengan Universitas di Indonesia.
So, melalui lawatan yang dijalankan ini, Insayallah dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar dan pensyarah. Selain itu, nak juga promote pertandingan yang dijalankan oleh PIS iaitu Raja Zarith Sofiah Awards yang kini dah memasuki fasa ke dua, peringkat Asean.. 

UNIVERSITAS TRISAKTI



Sesi pengenalan diri antara Universitas Trisakti dan Politeknik Ibrahim Sultan

Universitas ni sangatlah AWESOME sebab kita dapat lihat karya seni itu di mana-mana.
Setiap dinding punya coretan yang tersendiri.








Yang paling best sekali bila ada kawan baru! Cantik-cantik semua. Seriously, wajah mahasiswi dan mahasiswa Indonesia dan Malaysia tak ada beza sangat. Dari segi warna kulit, gaya dan perlakuan tak de beza pun. Even dari pertuturan pun lebih kurang sama!



Masuk perkuliahan mahasiswi dan mahasiswa..


Rakan-rakan yang peramah, tak jemu-jemu jawab soalan kami.. 


POLITEKNIK NEGERI JAKARTA


I thought that only Malaysia yang ada Politeknik, but Singapore and Indonesia pun ada juga.
Syllabus dan cara pembelajaran pun sama. 

Politeknik ni berada di dalam kawasan Universitas Indonesia.



Seperti biasa, mempelkenalkan diri diantara kedua-dua Politeknik.
Ibu dan bapak dosen yang baik dan kelakar, sangat menghibur hati.. Kami ketawa sahaja sepanjang berada dalam Meeting Room ni.. haha
Kami diperkenalkan dengan course yang berkaitan dengan Grafik.
Kat Politeknik ni ada course 'Penerbitan dan Grafis'.




Untuk bidang penerbitan, peralatan mesin sangat lengkap! Dari mesin cetak ke finishing semua ada.
So student tak payah susah payah nak hantar kedai untuk siapkan project because everything you need dah ada depan mata...




   



Okey, hasil seni dieorang pun hebat juga... 




And taaaaddaaaaahhh, I got a new friend!
Senang ya ketemu kamu Laili Fadhilah :)

Selepas penat seharian melawat universiti.. Student dan pensyarah dah kepenatan.. Memasing lapar.
And kami makan di Bangi Kopitiam. Jangan terkejut ya jumpa Bangi kat tengah-tengah Jakarta.
Act, makanan Malaysia pun ada kat sini. Mee Bandung, Mee Kari, Mee Rebus..
But I tak Jamin rasa serupa... 
Kat sini lah saya try Juice Kedondong. Pergh... Minum sekali tak henti.. Sangat sedap!



DAY THREE

INACRAFT 2014


Indonesia memang kaya dengan kraftangan. Seni halus, seni batik, seni kraf. 
Okey, kat exhibition ni la semua para kraftangan memperdagangkan hasil tangan mereka.
Macam-macam yang dijual kat pesta kraftangan ni.
Ramai yang datang sini, dalam negara mahupun luar negara. Semua rebut peluang nak beli hasil kraftangan asli buatan Indonesia!


Harga tiket ni Rp 20.000. tak de tiket ni tak boleh masuk okey...


Bagi penggemar shawl, kat sini berlambak jual. macam-macam kaler ada.


Patung ni sangat awesome! comel sangat sampai bawa termimpi-mimpi..
  

Great printing! Cara menarik minat pembeli. 

 

  

Adik ni tengah mencanting batik. Pandai adik ni mencanting batik!

Inacraft ni sangat besar. Tawaf banyak kali boleh buat orang sesat. 
Boleh dikatakan setengah hari ada kat event ni. 
Sangat penat okey... 


DAY FOUR

Perwarnaan dengan Zat Warna Alam Dalam Pembatikan




Time ni belajar la macam mana nak hasilkan warna dalam batik tu.
Dari alam semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan dah boleh hasilkan warna.

 Proses menghasilkan pewarnaam zat alam

1. Lipat kain cotton dengan kreativiti sendiri. Kemudian, ikat dengan kencang menggunakan tali ataupun getah. Biar kencang (ketat) supaya warna tak lari. Act ni first time saya buat, so main bantai je la cara lipatan tu. hahaha...

2. Celup dalam air biasa. 

3. Celup dalam warna yang dipilih. Warna ni macam pink-pink sikit. 

 4. Celup ke dalam larutan tawas, kapur dan sulfat untuk ton warna gelap, cerah dan serdahana.

5. lepas main celup-celup tu, rendam kejap kat air biasa. then buka segala ikatan. 

6. And taaadaaaaahh! batik yang tak serupa batik dah dihasilkan. I named it Ugly Mugly.. 
Habis main celup-celup warna, kami terus makan tengahari.
Makan nasi ayam penyet, tapi tak de sup and sambal dia pedas gilaaa! tak sentuh langsung pun.. 
Lepas makan terus pergi Tanah Abang which is the place orang akan borong pakaian.



DAY FIVE

Back to Malaysia.

Hati bercampur sedih dan hiba tinggalkan bumi Jakarta.
Terlalu banyak memories yang dikaut selama lima hari empat malam.
Terasa masa berlalu dengan pantas.


Unforgetable Memories.
Thanks JRKV sebab bagi peluang terbang bersama-sama.
Insyallah, akan perform yang terbaik untuk sem lima dan akhir!

Wish me luck!











Ulasan

Sarah Zulkifli berkata…
mane lah tahu kan lepas ni , fly ke jakarta sambung degree pulok ! insyaallah ! :)
Ana Jingga berkata…
tahniah dan seronoknya baca pengalaman nurfazirah..
Unknown berkata…
@Sarah Zulkifli If ada rezeki, why not... manalah tahu kita geng dapat further study kat sana..

Catatan Popular